RSS

Archives

Aside

Albert bandura merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana Teori Pembelajaran Sosial dan teori model.Beliau bersetuju dengan pendapat Rotter bahawa tingkah laku manusia adalah hasil gabungan antara proses dalaman dan persekitaran.Proses dalaman adalah berasaskan pengalaman individu seseorang,dan melalui pengalaman lepas,ia akan mempengaruhi tingkah laku individu terbabit pada masa akan datang.Boleh dinyatakan bahawa konsep timbal balik ini merupakan refleksi daripada pengalaman seseorang.Bagaimana seseorang/individu tersebut berinterprestsi,organisasi dan bertindak kepada sesuatu peristiwa kebanyakkan melalui pengalaman yang pernah dialami oleh individu tersebut.Maklum balas yang ditunjukkan sama ada positif atau negatif semuanya hasil dari pengalaman yang dilalui oleh individu terbabit dan pembelajaran tingkah laku boleh berlaku tanpa peneguhan darpada faktor luaran,yakni pembelajaran daripada pemerhatian tingkah laku model dan mewujudkan satu teori iaitu Teori Model.Apa yang boleh dinyatakan disini,anak-anak kecil seringkali terkeliru untuk mencari identiti mereka.Maka marilah kita membantu anak-anak kecil ini membentuk identiti mereka dengan membeeri contoh dan tauladan yang baik atau sebagai role model yang sempurna agar anak-anak kecil ini berkembang dan membesar menjadi insan yang baik

Albert bandura …

 
Leave a comment

Posted by on 26 April 2012 in Uncategorized