RSS

bEraNi Punyer budok

03 May

Filem Berani Punya Budak merupakan filem arahan Afdlin Shauki yang membuat penampilan di pawagam seluruh negara bermula 26 April 2012 yang lalu. Pasti anda merindui sentuhan beliau setelah filem beliau yang terakhir tidak lama dahulu.

Filem ini mengisahkan bagaimana 2 orang saudara kandung yang membawa diri ke Malaysia setelah kecelakaan menimpa ketika berada di negara orang.

Setibanya di Malaysia,mereka ditahan di lapangan terbang olek pihak berkuasa kerana mereka telah disenarai hitamkan oleh pihak Interpol. Bermulalah kisah ‘flashback’ yang penuh dengan aksi-aksi yang menarik di samping elemen komedi gaya Afdlin Shauki yang diselitkan.

Garapan yang ditampilkan oleh pengarah,Afdlin Shauki menerusi filem ini memberi kelainan berbanding filem-filem beliau sebelumnya. Pujian harus diberikan kepada beliau kerana berani membuat kelainan untuk filem ini. Namun terdapat sedikit kekurangan dari segi ‘Voice Over’ (VO) yang diselitkan ketika adegan aksi berlaku sedikit sebanyak mencacatkan adegan tersebut.Tapi kreatif,,i like…sape2 yang belum tengok p la tengok…konpom pecah perut punyer..macam super spontan pun ade…aku da tengok filem ni..best…support la filem malaysia brader…tinggalkan the avenger,tinggalkan battleship…

 
Leave a comment

Posted by on 3 May 2012 in Uncategorized

 

Leave a comment