RSS

teori modeling

Bincangkan teori modeling dan kesannya dalam proses P&P terutamanya di sekolah rendah. By asrulsani
Bandura telah membentuk satu teori pembelajaran sosial yang menyarankan konsep timbal balik.Teori pembelajaran sosial ini menegaskan aspek interaksi yang berlaku antara manusia dengan persekitarannya.Bandura juga berpendapat,manusia mempengaruhi nasib hidupnya samaada ke arah positif atau negatif adalah melalui pengawalan kuasa dalam persekitarannya,dan dalam masa yang sama pula mereka juga dipengaruhi oleh kuasa-kuasa persekitaran ini.Dalam perkataan lain,proses interaktif dan timbal balik sentiasa berlaku antara tingkah laku manusia,persekitaran dan unsur dalaman seperti kognisi dan persepsi.

Rajah1:Hubungkait antara tingkah laku,persekitaran dan kognitif individu menurut Konsep Timbal Balik Bandura
Manusia mampu mengawal kehendak dan tingkah laku dan persekitaran akan mampu mengawal dan mempengaruhi apa yang ingin dilakukan.Melalui unsur dalaman pula,umpamanya kognisi, akan menghadkan aktiviti tersebut dan mengarahkan manusia membuat pilihan yang tepat dan betul.Lebih menghuraikan permasalahan ini adalah di dalam Teori Pembelajaran Sosial ada menyatakan dimana kawalan kendiri sangat penting dan menunjukkan situasi dimana seseorang telah mempunyai pendapat sendiri atau prinsip tentang tingkah laku yang patut dan tingkah laku tidak patut dalam sesuatu situasi dan tindakan yang diambil adalah melalui prinsip-prinsip yang dipegang. Melalui konsep timbal balik ini mempengaruhi Albert Bandura melakukan penyelidikan dan menghasikan satu teori pembelajaran yang dinamakan sebagai Teori Modeling atau Teori Kognitif Sosial.

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini,murid-murid dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah.Murid-murid pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani.Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Maka dengan ini kajian ke atas teori modeling dan implikasinya ke atas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan agar masalah-masalah seperti yang dinyatakan dapat diatasi.
Masalah yang dihadapi
1.Masalah Perlakuan Negatif(Masalah Displin dan Tingkah laku negatif dalam bilik darjah)

Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :-
1. Tingkah laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-
• Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri.
• Kebimbangan – sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan diri.
• Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari
• Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari dirinya
• Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan
• Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain.
• Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif
• Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas.
• Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .
• Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.
• Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya
• Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi ‘ neurotic ‘ atau ‘ psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.Contohnya:
• Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.
• Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.
• Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral
• Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik
• Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang.Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.
Tingkah laku bermasalah Positif
Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-
• Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat
• Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat
• Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir
• Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain

Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan melalui rajah di bawah ini :-

Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain dari tingkah laku bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah :
• Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.
• Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka
• Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan
• Sering bercakap bohong atau bercakap besar
• Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok
• Suka menyakiti hati kawan-kawan
• Menjahanamkan harta benda
• Tidak duduk diam
• Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap
• Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua
• Panas baran
• Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi
( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )
Jadi untuk mengatasi masalah-masalah ini kajian ke atas teori pembelajaran Kognitif sosial atau teori Modelling dilaksanakan agar masalah tingkah laku negatif dapat diatasi dam melancarkan proses pembelajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Teori Modeling
Melalui kajiannya,Bandura merumuskan teori Modeling terdapat empat proses yang terlibat iaitu pemerhatian,penyimpanan,pengeluaran dan motivasi.Dan Bandura ada mengatakan bahawa didalam situasi sosial kini manusia akan belajar dengan lebih cepat melalui pemerhatian tingkah laku manusia lain.
Proses Pemerhatian
Untuk belajar melalui pemerhatian,seseorang mesti menumpukan perhatian terhadap seseorang yang ingin ditiru. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Selalunya model yang diperhatikan dan ditiru mestilah seorang yang perwatakan menarik kerana kualiti yang dimiliki oleh model tersebut seperti kuasa,kemasyuran dan kejayaan.Faktor-faktor ini yang menyebabkan mereka diperhatikan dan menarik perhatian dan bermulalah pembeljaran melaui pemerhatian.Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung, mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Maka dengan itu boleh dikaitkan dengan masalah tingkah laku murid iaitu dengan teori modeling bandura ini menerangkan pembentukkan tingkah laku adalah berdasarkan adalah berdasarkan model yang berada di hadapan kita.Sekiranya model tersebut menonjolkan contoh teladan yang baik maka kita akan terikut dengan tingkah laku tersebut.Pembelajaran tingkah laku tersebut berdasarkan peniruan dan penghayatan tingkah laku yang dipertontonkan.

Proses Penyimpanan
Seseorang yang hendak meniru sesuatu tingkah laku perlu menyimpan imej mental dan panduan berbahasa bagaimana melakukan sesuatu tingkah laku dalam ingatan jangka panjang.Maklumat yang disimpan akan dikeluarkan kembali dan membantu melakukan tingkah laku yang ingin ditiru pada waktu yang lain.Bandura ada mengatakan untuk membentuk tingkah laku sosial apabila tiada kehadiran model sebagai tukang rujuk disisi,bentuk tindak balas yang diperlihatkan adalah simbolik imej tingkah laku yang disimpan didalam ingatan atau memori.
Proses Pengeluaran
Pengeluaran semula maklumat tingkah laku yang ingin ditiru melibatkan proses memindahkan idea simbolik kepada perlakuan dan keupayaan seseorang untuk mempamerkan tingkah laku yang hampir sama dengan model dipengaruhi oleh latihan.Lebih kerap berlatih meniru gaya model semakin mantap tingkah lakunya dan kesamaannya dengan tingkah lakunya dengan tingkah laku model yang asal.
Proses Motivasi
Dengan mendapat ganjaran,pemerhatian akan menjadi lebih cepat dijadikan sebagai perlakuan,individu akan lebih memberi tumpuan dan memperoleh lebih banyak informasi,atensif untuk belajar juga dipengaruhi oleh peneguhan yang terlibat,sama ada kerap atau tidak,peneguhan yang diperolehi positif ataupun negatif.
Proses peniruan

Gambar menunjukkan proses peniruan kanak-kanak terhadap persekitaran dan model.
Kajian menunjukkan kanak – kanak sebenarnya meniru tingkah laku orang dewasa. Melalui teori Bandura ini sebenarnya boleh digunakan bagi menangani tingkah laku pelajar yang agresif di sekolah. Kimberly (2007) mengatakan bahawa menempuhi peringkat usia remaja selalunya digambarkan sebagai saat-saat yang paling kritikal dan mencabar bagi seorang remaja mahupun ibu bapa. Jadi untuk mengelakkan dan membendung perlakuan negatif dikalangan murid,perkaitan tingkah laku agresif ini boleh dikawal apabila guru itu sendiri yang dilihat sebagai “role model” di sekolah menunjukkan tingkah laku yang baik. Guru juga perlulah memberi peneguhan seperti pujian ataupun peneguhan secara tidak lansung seperti senyuman untuk perlakuan yang positif dan menghukum jika murid melakukan perlakuan negatif yang ingin dihindarkan. Pelajar juga manusia biasa yang bersifat lupa, justeru itu,guru perlulah sentiasa mengingatkan pelajar tentang tingkah laku baik dan perkaitan dengan perlakuan jenayah serta kesannya. Tugas guru bukan hanya terhad kepada mengajar sahaja, guru perlulah memastikan pelajar berdisiplin dan mengikuti semua peraturan di sekolah supaya pelajar tidak ada ruang masa untuk bertindak liar dan murid tahu batas dan tujuan utama ke sekolah adalah untuk belajar dan bukan untuk melibatkan diri dengan perkara-perkara yang negatif dan tidak berfaedah.
Masalah yang dihadapi
2.Masalah pembelajaran
a) Berbahasa dan membaca.

Cara mengatasi mengikut Teori Modelling

Rawatan melalui kaedah peniruan adalah cara terbaik bagi kanak-kanak ataustik yang menghadapi masalah berbahasa(Lovass,1977).Apabila mereka mengalami kecacatan berbahasa mereka mungkin menghadapi masalah untuk mengingati maklumat di dalam kelas,mengambil perhatian,mendengar pengajaran guru dan banyak lagi.Maka dengan itu perapi atau guru seharusnya menggunakan kaedah peniruan dengan duduk dihadapan mereka,dan mengarahkan mereka mengekalkan pandangan mereka ke arah guru.Guru menjadi model dalam bunyi,perkataan,frasa ucapan.Selain itu guru-guru diminta untuk mengulang-ulangkan perkataan dan diminta murid juga menyebut secara berulang-ulang sebagai latihan dan peneguhan mestilah kerap dilakukan.Di akhir proses pembelajaran guru hendaklah memberi peneguhan mereka dengan memberi ganjaran atas usaha mereka belajar dan dapat memotivasikan mereka supaya lebih kerap membuat latihan berbahasa.
b.Membaca, menulis dan mengira

Cara mengatasi mengikut Teori Modelling

Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif. Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas. Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang boleh dicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah.Di dalam kelas guru boleh membentuk pembelajaran dilakukan didalam kumpulan dan melantik ketua terdiri dari murid yang cerdik dan pandai dan menyatakan pada murid-murid lain yang mereka boleh mencontohi ketua kumpulan mereka dan mereka boleh menguatkan ingatan mereka dengan proses peneguhan yang kerap,jika membaca,diulang-ulangkan proses bacaan,jika mengira dan menghafal sifir,di ulang-ulangkan supaya mereka lebih mahir.Guru juga harus bijak dan mengatakan bahawa di rumah juga mereka boleh memantapkan pembelajaran dengan peniruan yang mudah dari model seperti ibubapa dan adik beradik untuk menulis, membaca dan sebagainya. Di akhir proses pembelajaran guru hendaklah memberi peneguhan mereka dengan memberi ganjaran atas usaha mereka belajar dan dapat memotivasikan mereka supaya lebih kerap membuat latihan.
c)Masalah pelajar lembap

Cara mengatasi mengikut Teori Modelling

Seperti yang diketahui pelajar bermasalah yakni pelajar lembap mempunyai masalah dari segi menangkap pelajaran ketika proses pengajaran dan pembelajran maka pengajaran dari model iaitu guru mesti disimpan dalam bentuk kod ingatan jangka panjang supaya ciri-ciri ini boleh dipanggil semula.Mengikut Bandura, kita akan menyimpan maklumat melalui bahasa dan imaginasi (visual).Bandura mengesyorkan supaya pelajar menyusun maklumat dan melatih laku yang hendak ditiru dalam otak secara mentah.Jika murid ingin membuat sesuatu kemahiran gimnastik, dia perlu menyimpan maklumat urutan langkah-langkah yang terlibat secara visual. Dengan cara ini dia dapat mengingat kemahiran gimnastik dengan lebih berkesan.Kemahiran Tiruan Motor Kebolehan seseorang untuk meniru sesuatu tingkah laku itu adalah dihadkan oleh kebolehan fizikal dan kemahiran motornya.Sebagai contoh,guru yang ingin mengajar Pendidikan Jasmani boleh membuat banyak demonstrasi tetapi keupayaan pelajar untuk meniru tingkah laku dalam demonstrasi bergantung kepada kemahiran motor dan kesediaan fizikalnya. Guru perlu peka tentang faktor ini semasa melakukan demonstrasi dalam permainan. Ini adalah kerana pelajar memerlukan kemahiran motor yang secukupnya sebelum dia dapat meniru sesuatu gerak balas.Selain itu,Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.Selain itu bahan bantu mengajar seperti tayangan video,slaid power point,dan model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran.
d)Masalah rasa takut,risau dan rendah diri murid
Cara mengatasi mengikut Teori Modelling

Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya murid dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya. Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Murid boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.Ini meningkatkan keyakinan mereka disamping mudah murid yang lain belajar melalui kaedah rakan sebaya sebagai role model.Guru juga harus bijak menaikkan motivasi pelajar dengan penceritaan dan tayangan video dimana murid mengambil tauladan dari cerita dan mengambil perlakuan positif dari watak yang ditayangkan atau di ceritakan.Selain itu guru juga boleh memainkan peranan dengan memainkan watak berlainan dalam pengajaran mereka iaitu dalam kaedah simulasi dan kaitkan dengan situasi sebenar dalam kehidupan seharian murid agar hilang kerisauan murid.Selain itu demostrasi dapat menghilangkan ketakutan dan kerisauan murid dalam proses pembelajaran kerana mereka takut untuk melakukan kesilapan,tetapi dengan melaksanakan demonstrasi dan menyatakan prosedur dapat meningkatkan keyakinan murid dalam melaksanakan aktiviti didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Leave a comment